Monday, June 16, 2014

Bab: Surirumah Berhemah


Panduan berhemah untuk suri ummah
1. Masak apa yang ada di dapur, macam cerita p.ramlee bawa satu karung pelbagai rempah. Kita kadang-kadnag terlebih beli kerana nak pastikan ada cukup stok dalam peti ais untuk seminggu. Kadang kadang ia membazir. Cuba teknik, selang sehari masak apa yang ada di dapur, memang sebenarnya masih banyak yang tidak terusik.
2. Hari tidak beli apa-apa. Diamkan nafsu kita yang memang suka beli dan beli. Kadangkala beli tetapi tidak guna pun kan.
3. Tabung RM1, tabung khusus untuk kecemasan. RM1 sahaja satu hari.
4. Tabung Raya, jika ada tiga anak ada tiga tabung. RM1 untuk setiap tabung setiap hari. Bagusnya kalau anak-anak itu sendiri yang isi, iaitu hasil upah yang kita berikan sebagai 'reward'. Contoh Hakim tugasnya setiap hari perlu buang sampah. Balik sekolah atau malam hari, selesai tugas, Hakim buat laporan tugas sudah selesai. Baru dapat upah.
Saya selalu andaikan kepada anak-anak, mahu apa pun perlu usaha, wajib usaha. Selepas usaha baru Allah bagi upah. Mahu tahu upah itu banyak atau tidak, perlu ikhlas masa buat atau selesaikan tugas. Kalau Hakim buat dalam keadaan tidak suka, wang RM1 itu beli aiskrim hilang begitu sahaja, nikmat ais krim pun tidak rasa, wang juga habis dibelanja.
5. Tabung pakaian/kelengkapan sekolah. Sama juga, amalkan sisihkan RM1 sahaja untuk seorang anak, setiap hari.
Sumber: Ebook Jejak Aliran Tunai, panduan kewangan untuk surirumah & usahawan SOHO

No comments:

Post a Comment